Saturday 1 December 2012

Tak perlu Rasuah utk bertemu Sang Hikmah..

TAZKIRAH & MOTIVASI

  1. Sakit boleh datang menyerang manusia pada bila-bila masa. Tidak kira masa mahupun usia. Inilah tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung...kita hanya mampu mencegah namun tidak mampu untuk mengelak sekiranya ia dtg menyerang kita pd waktu dan ketika yang Allah tentukan. Ianya ada kaitan dengan aku sebenarnya.. 
  2. Minggu lepas merupakan minggu yang betul-betul aku terduga dengan kekuasaan Allah, selalunya paling maksimum sehari aku sakit kepala, namun minggu lepas hampir seminggu sakit tak kebah. Risau dibuatnya, sehinggakan  sangkaan awal aku mungkin ianya ada kaitan dengan barah mahupun ketumbuhan dalm kepala...huhu..mahu tak risau, seminggu menanggung kesakitan..hanya Allah yang tahu..
  3. Mengikut quick re-search aku melalui Mr Google, barah dan ketumbuhan agak berlainan symptom nya..sekadar info yang diperolehi dr Internet, antara symptom barah otak ialah muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. 
  4. So, melihat kpd kesakitan yang dialami pd ketika itu, Alhamdulillah tidak sampai sebegitu yang dialami..Mungkin inilah dikatakan ujian Allah yang nak kita sentiasa ingat kpdNya..
  5. Setelah hampir seminggu menanggung kesakitan, akhirnya aku disahkan olh Dr dari Hospital Pusrawi bahawa aku mengalami 'Muscle Stress' dlm kepala..Fuhh...Alhamdulillah segala assumption sebelum dari ini ternyata meleset sama sekali..
Apa yang aku cuba nak menarik perhatian atas apa yang berlaku, ialah kesakitan yg dilalui mampu memberikan seribu satu hikmah yang tersirat..antara hikmah yang hanya mampu diterjemahkan secara mata kasar ialah:

  1. Ingatan utk lebih bertaqwa utk memperhambakan diri pd yg Maha Kuasa
  2. Ilmu berkaitan Barah Otak serta beberapa jenis Migraine 
  3. Ingatan Mati
Itulah yang dikatakan Hidup ini penuh dengan Hikmah yg tersirat mahupun yang tersurat...yang pastinya tak perlu bayar...In  Shaa Allah marilah sama-sama kita jejaki setiap Hikmah yg Allah cuba terjemahkan dlm kehidupan kita, lantaran mampu menghasilkan satu quality hidup yg Mantop!!!

"Indahnya Islam"

~NM313 2012~

No comments:

Post a Comment