Monday 10 December 2012

Janji Ditepati atau Dicapati?

PENGALAMAN HIDUP

"Janji Dicapati"
Janji Ditepati atau Dicapati??

Ya..itulah tajuk yang aku nak bawa bagi mengemaskini blog aku. Ianya soal pengalaman dan isu yang berlegar dlm kehidupan seharian..Maklumlah hari ini Selangor cuti, jadi ada la sedikit ruang masa utk aku berblog..Wife pun balik kampung..kalau tidak, dah tentu diajaknya utk ke mana-mana destinasi bagi memenuhi masa kami seharian..


Cerita yang aku nak bawa kali ni just nak share satu pengalaman yang benar-benar terjadi dalm diri..ianya soal 'JANJI'...memang mudah utk berjanji, namu ianya kadangkala sukar nak dipenuhi..bagi sesebuah kerajaan, sebuah janji yang nak dipenuhi bukanlah mudah seperti diungkapkan..banyak perkara yang perlu dititik beratkan sebelum berjanji...bagi parti politik pula, janji mmg dah menjadi satu agenda bagi meraih perhatian serta mempamerkan kebolehmampuan sesebuah parti utk memenuhi kehendak rakyat..

Walaubagaimanapun, janji yang ikhlas bermula dari niat yang ikhlas..bila dilihat kepada slogan yang dibawa olh kerajaan BN iaitu 'janji ditepati'..ianya menggambarkan keyakinan mutlak dan penuh bagi mereka utk mengotakan janji yang dilafazkan...

Timbul satu kes yang berlaku pada diri...ianya berlaku pada bulan Feb lepas..pada waktu tu, aku dan wife dalm keadaan diuji oleh Allah swt setelah bayi yang dikandung oleh wife aku meninggal dlm kandungan..sebaik sahaja bayi dilahirkan secara normal dengan tidak bernyawa, berlakunya proses pengebumian seperti biasa..dalam masa yang sama, sebelum pengebumian datangnya seorg ajk masjid berdekatan yang memegang portfolio hal ehwal kematian..mmg dr awal, aku dah kenal dgn ajk ni..pendek cerita, dia mmg org tok tok umno..kehadiranya disambut baik sbb kehadiranya pun atas kapasiti ajk masjid dan manusia biasa..diakhir lawatannya, dia ada berjanji bahawa umno caw jalan enggang akan call aku utk bagi sedikit sumbangan sebayak RM 300.00 sbg sumbangan atas musibah yang melanda aku dan wife..tapi akhirnya, setelah sekian lama, sehingga sekarang pun, apa yang dijanji tidak ditepati pun...mmg pada awalnya, aku tidak mengharap apa-apa pun..dan tak kisah pun atas duit or sumbangan yang nak diberikan..tak de pun tak pe...tapi soalnya, janji yang ditabur dengan penuh yakin...huhu tersenyum aku bila mengingatkan peristiwa tersebut..inilah sebuah Janji Dicapati...

Wallahualam..

~NM313-2012~

2 comments: