Friday 30 November 2012

Kenapa 'Nyor Muda 313'??


Alhamdulillah dikesempatan yang terluang pd petang ni, ingin aku coretkan satu perkongsian yang santai namun mempunyai signifikasi yang mendalam utk dihayati..

Kenapa 'Nyor Muda 313'??
  1. Bila sebut 'Nyor' mungkin 'ore' pantai timur dan utara cukup mengenali. Ianya merupakan sebiji buah yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Namun di belah pantai barat ianya dikenali sbg Kelapa..huhu..bertitik tolak dari itulah, Nyor diambil namanya bagi melambangkan identiti ketimuran aku.
  2. Muda??...Muda disebabkan usia aku still muda la...tp mati mungkin blh mati bila-bila masa...
  3. 313??..angka yang cukup brmakna dlm diri utk meneruskan cita-cita agung yang ditinggalkan olh junjungan besar Nabi SAW...ianya berkait rapat dengan angka tentera perang Badar Al-Kubra yang telah menang dlm peperangan yang menyaksikan bilangan tentera kafir quraisy berganda-ganda lebihnya..Tapi atas semangat aqidah pd yg Maha Esa serta kepatuhan trhadap arahan junjungan besar Nabi SAW, tentera yg bilangan kecil dapat menewaskan tentera berbilangan besar. Itulah kekuasaan mutlak Allah SWT...
  4. Buah Nyor juga mempunyai pelbagai khasiat serta manfaat yang umumnya sedia maklum. Begitulah hasrat aku utk memberi seberapa manfaat kpd Agama, Bangsa dan Negara melalui tulisan, idea, pandangan dan ilmu yang dikongsikan dlm Blog 'Nyor Muda 313'...
Terungkai persoalan mengapa Nyor Muda 313 digunakan?? harapnya dpt memberi manfaat pd pengunjung Blog umumnya dan pd diri aku sendiri khususnya.

"Indahnya Islam"

Waslm... :)

Thursday 29 November 2012

Titik Mula....

Menyedari hakikat alam maya merupakan satu medium yang penting dewasa ini, tergerak dihati utk kembali ke pentas blog bagi merungkai pelbagai isu dan perihal yang berlaku dlm kehidupan. In Shaa Allah Blog 'Nyor Muda 313' akan cuba sedaya upaya untuk menjadi salah sebuah blog santai dengan mengikuti arus masa kini. Kenapa Admin memilih nama 'Nyor Muda 313'??? Nantikan penjelasan pd post yang akan datang..

Wallahualam... :)