Wednesday 5 December 2012

Kukuhkan Tauhid kpd Allah dengan ‘Seekor Lalat’

TAZKIRAH & MOTIVASI


Pernah kita terfikir kenapa rumah kita selalu ada lalat?? Malah kita tidak akan rasa selesa dengan adanya angkatan lalat yang menyerang masuk kediaman kita tanpa diundang. Ada yang sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ringgit malah hingga beratus ringgit demi nak menghalau lalat dari menggangu kedamaian rumah kita terutama makanan yang hendak dimakan.

Memang tidak dinafikan lalat merupakan agen kepada sebaran penyakit yang agak berbahaya kepada manusia. Namun yang demikian, pernah tak kita tahu dan terlintas dlm akal kita bahawa Allah jadikan lalat yang mudah ditemui dimana-mana demi nak sentiasa menjadi peringatan kepada manusia akan kekuasaan yang dimiliki olh Allah swt. Kenapa saya kata macam tu??

Mari kita lihat Firman Allah swt dalam Surah Al-Hajj, ayat 73:

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu missal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekorlalt walaupun mereka berhimpun beramai-ramai membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).[Al-Hajj 22:73]

Subhanallah!!! Inilah dia yang dikatakan hikmah yang kita kadang-kadang tak peka. Rupa-rupanya hikmah seekor lalat yang sentiasa ada dimana sahaja sehinggakan tiap-tiap hari kita akan jumpa lalat. Ambillah hikmah disebalik seekor lalat ini untuk kita teguhkan ketauhidan kita pd Allah. Benarlah kata Allah, jika kita himpun sejuta org yang bijak pandai sekalipun, nescaya kita tak mampu nak cipta seekor lalat yang ada kita tengok sekarang. Jadikan pertemuan kita dengan lalat setiap hari sebagai cara medium utk kita ingat akan kekuasaan Allah..Walaubagaimanapun, jgn pula tak halau lalat yang hinggap pd makanan kita..nanti tak pasal-pasal kena penyakit..

Keunikkan Lalat:


“Apabila termasuk lalat ke bekas airmu maka tenggelamkanlah keseluruhan dan kemudian buangkan ia. Sesungguhnya di salah satu sayapnya ada penyakit dan di sayap yang satu lagi penyembuh” [Al-Bukhari]

Selamat Beramal!!!

~NYM313-2012~

No comments:

Post a Comment